MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

KWSP Mansuhkan Syarat i-Sinar

 


KWSP Mansuh Syarat, Permudahkan Pengeluaran Simpanan Akaun 1.


Berikutan nasihat Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil inisiatif bagi memudahkan para pemohon i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses memansuhkan syarat kemudahan tersebut dan akan diumumkan dalam masa terdekat.


Inisiatif ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.


Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah. Pengeluaran boleh dibuat sehingga RM10,000. Pembayaran secara berperingkat dalam tempoh sehingga maksimum 6 bulan dan pembayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.


Bagi ahli yang mempunyai simpanan lebih RM100,000. Pengeluaran boleh dibuat sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1. Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM60,000. Pembayaran secara berperingkat dalam tempoh sehingga maksimum 6 bulan dan pembayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.


Semoga penambahbaikan dan pemansuhan syarat i-Sinar ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia. 


Sumber: MOF


Post a Comment

0 Comments