PENGECUALIAN PEMBAHARUAN CDL DAN LKM PERSENDIRIAN DARI 1 FEBRUARI HINGGA 31 MAC 2021
Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, telah memaklumkan di dalam siaran medianya akan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui LKM dan CDL berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.
Namun, para pemandu diingatkan untuk memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.
Justeru, pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.
Pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services).
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjadi pemandu berhemah dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
0 Comments