Kaum hawa , baca post ni sampai habis
Saat memandang
kain sempit mu,
seluar ketat mu,
baju sendat mu,
tudung singkat mu,
solat dan ibadahmu.
Aku ingin sekali menegurmu.
Namun sering saja terkaku.
Rasa tak mampu kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.
Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak.
Kau akan mempersoalkan aku.
" Kau sahabat aku, Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."
Allahu.
Sahabat.
Begini lah cara aku menegur mu.
Dengan post kecil ini.
Hari ini, sekurang - kurangnya.
Bila aku di soal Dia di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa:
"Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan.
Dengan selemah - lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh."
Moral of story: berdakwahlah, walaupun hanya di media sosial.
🥀⚡️
Kridet: @DakwahSentapOfficial
Foto: Pinterest
0 Comments