Portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Berikut di kongsikan beberapa langkah-langkah mudah dalam membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ Roadtax bagi Transaksi Dalam Talian mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagi pengguna/individu yang kali pertama menggunakan sistem aplikasi ini sila Log Masuk Kali Pertama & isikan maklumat yang diperlukan.
Setelah mengisi maklumat tersebut pihak Pentadbir ID mySIKAP akan memberikan butiran seperti di bawah melalui email yang didaftarkan oleh pelanggan/individu semasa mengisi butiran yang diminta oleh sistem di atas.
1. Nama :
2. ID :
3. Kata Laluan Sementara:
4. Tempoh Sah (Tarikh Mula):
5. Tempoh Sah (Tarikh Akhir):
Paparan skrin di atas akan muncul setelah ID Pengguna & Kata Lalauan serta Kod Sekuriti di masukkan. Sila pilih Ruangan "Kenderaan" untuk membuat pembelian LKM/Roadtax secara atas talian. Tekan Kad Kredit seterusnya VISA.
Isikan maklumat
1. No. Kenderaan
2. Nama Bank
3. No. Akaun Bank
4. No. 3 digit di muka belakang kad ATM tersebut
5. Tekan "Bayar"
Sekiranya paparan skrin mengeluarkan perkataan " Sila Matikan Pop Up" ikuti langkah-langkah di bawah.
1. Pergi ke tepi kanan skrin komputer seperti di bawah dan tekan "Options"
2. Pilih/tekan ruangan Privacy & Security dan tekan Block pop-up windows
3. Selesai & pergi semula ke sistem mySIKAP untuk membuat pembayaran.
Setelah pembayaran dibuat pastikan pengguna/individu mencetak resit sebagai bukti pembayaran pembaharuan LKM/Roadatx telah dibuat. Pilih sama ada transaksi pengambilan LKM/Roadtax dilakukan melalui kiosk atau cawangan JPJ yang berdekatan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat .
mywilayah.com
0 Comments