PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI NEGERI SABAH
Semua aktiviti di bawah sektor pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dan rangkaiannya DIBENARKAN beroperasi mengikut senarai di bawah perkhidmatan perlu (essential services).
Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan di restoran, cafe, kedai/gerai makan, kenderaan saji (food truck), penjaja dan medan selera hanya DIBENARAKAN beroperasi secara bawa pulang (take away) atau pandu lalu sahaja. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Dine in TIDAK DIBENARKAN
Perkhidmatan Penghantaran Barangan dan Makanan DIBENARKAN. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 9.00 malam
Pasar Raya, Pusat Beli Belah, Kedai Serbaneka dan Retail Store DIBENARKAN. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Farmasi dan Kedai Menjual Ubat-Ubatan. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Pengepaman di Stesen Minyak. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Kedai Dobi (Termasuk Kedai Dobi Layan Diri). Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Pasar Harian. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 2.00 petang
Pasar Borong. Waktu operasi: 12.01 pagi hingga 6.00 pagi
Perkhidmatan dan Penjualan Alat Telekomunikasi. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Penjualan Alat Ganti Kenderaan, Kedai Tayar & Bengkel Kenderan. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Car Wash. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Penjualan Baja & Bahan Pertanian. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Kedai Haiwan. Waktu operasi: 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Kedai Hardware. Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Hospital, Klinik Kerajaan/Swasta dan Makmal Perubatan dan Klinik Haiwan. Waktu operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran operasi
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah & PBT
Berkaitan: Operasi Kedai Makan & Restoran Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Semasa PKP 2.0
Berkaitan: Waktu Operasi Perniagaan Semasa PKP 2.0
Berkaitan: Penyelarasan Operasi Perniagaan PKP 2.0
Berkaitan: Masa Operasi Perniagaan Semasa Pelaksanaan PKPB
Berkaitan: Masa Operasi Perniagaan Di Kawasan/Negeri PKP 2.0
0 Comments