MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ketua Polis Daerah PJ & JKM Sumbang Barangan Makanan & Harian Kepada Surirumah

 


PETALING JAYA, 21 Januari 2021 (Khamis) - YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.



Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat - ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.


Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 ini.


"Susah Dan Senang, Kita Tetap Bersama.." "It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day"


Sumber : FB Polis Daerah Petaling Jaya


“Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul..” 


- ACP Nik Ezanee


Keutamaan Membantu Orang Susah


Rasulullah SAW bersabda, 

"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan dunia Allah akan melepaskan kesusahannya pada Hari Kiamat.

Barangsiapa memudahkan orang yang susah, Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan akhirat.

Barangsiapa menutupi aib seseorang, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.

Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya."

[HR Muslim #2699]



Post a Comment

0 Comments