MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Vs Permintaan

 


Doa itu ibadah atau permintaan?


Terdapat perbezaan antara doa dengan permintaan. Kerana doa adalah suatu ibadah dan bukan sekadar suatu perantaraan.


Sebagai seorang hamba, kita menyatakan segala hajat kepada Allah SWT  dan menterjemahkan pengabdian dengan merendahkah diri di pintu Allah, samada Dia Yang Esa memperkenankan atau tidak memperkenankan doa tersebut, itulah DOA.


Allah SWT berfirman:


قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ.


Yang bermaksud:

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”.

(Surah Al Ghafir 40:60)


Adapun permintaan pula ialah keadaan orang yang lalai daripada berdoa. Dia menjalani kehidupan, lalu tiba-tiba dia diserang suatu penyakit atau sesuatu ujian. Para doktor tidak dapat mengubatinya, lalu dia mengangkat kedua-dua tangannya kepada Allah, meminta daripadaNya agar memberikan kesembuhan. Jika Allah tidak memperkenankannya, dia akan merungut dan mengeluh. Itulah dinamakan suatu Permintaan.


Allah SWT menyifatkan keadaan orang seperti ini dalam firmanNya yang bermaksud:


"Dan apabila kamu terkena bahaya di laut,(pada saat itu)hilang lenyaplah (daripada ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah Selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingati‐Nya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur."

(Surah al-Isra' 17:67)


DOA adalah IBADAH

Jangan dipersia-siakan AMAL IBADAH tanpa DOA.


Semoga kita semua sentiasa berusaha menjadikan Doa itu sebuah ibadah amalan seharian kita.



Kredit: Jentik Hati

Post a Comment

0 Comments