Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
Kadar bantuan sebulan:
RM150 bagi seorang ( anak berumur 7 hingga 18 tahun)
RM600 bagi seorang ( anak berumur 6 tahun ke bawah)
Maksimum sebanyak RM1000 seisi rumah.
Berikut di kongsikan syarat kelayakan bagi memohon bantuan BKK:-
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Dokumen Yang Diperlukan:
1. Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 18)
2. Salinan Mykad pemohon
3. Salinan Mykad/Mykid ahli keluarga yang tinggal bersama
4. Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/surat akaun pendapatan (jika berkerja sendiri)
5. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi tujuan pengesahan alamat)
Sebarang pertanyaan/permohonan dan maklumat lanjut sila berhubung ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat di mana pemohon tinggal.
Atau
Layari: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan BKK ini.
Permohonan atas talian sila klik: eBantuanJKM
Permohonan secara manual sila hadir ke pejabat JKM yang berhampiran.
Sila muat turun Borang Permohonan Bantuan
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
0 Comments