MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Suami Dan Isteri Bila Faham Agama

 



Suami Dan Isteri Bila Faham Agama.


Suami bila faham agama, dia akan ajarkan anak isterinya cara hidup beragama. Ajak bersolat, ngaji, dalami agama. Kalau tak pandai pun, dia izinkan isteri belajar. Bahkan tak culas dalam menafkahi mereka.


Suami bila mengerti agama, dia akan selalu ingatkan anak isteri tutup aurat sempurna. Tak biar mereka tabarruj. Sebab dia sedar, nanti jika tak tegur akan dipertanggungjawabkan segala dosa.


Suami bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan biarkan anak isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia ada rasa cemburu. Tak dayus.


Suami bila inginkan agama dalam dirinya, dia akan sedaya upaya menarik tangan ahli keluarganya ke Syurga. Bukan jalan ke Neraka.


Begitulah cerita sang suami sejati. Besar tanggungjawab sebenarnya.


Isteri bila faham agama, dia suka dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat bersama, ngaji, dalami agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.


Isteri bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak suka bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Sebab dia sedar, nanti dia dan suami akan dipertanggungjawabkan segala dosa. Dia tak mahu suaminya terpalit sama berdosa.


Isteri bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah samaada di depan suami atau di belakangnya.


Isteri bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Sebab isteri lebih dekat dengan jiwa anak-anak.


Isteri yang solehah pastinya sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran.


Begitulah cerita sang isteri sejati. Untungnya wanita, dia mudah ke Syurga berbanding.



Kredit : khaulah al azwar


Post a Comment

0 Comments