Pesanan kepada semua bakal pengantin, jua suami dan isteri.
• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah.
• Usah ditinggalkan segala sunnah Rasulullah SAW dalam rumahtangga.
• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya dalam mengukuhkan kasih sayang dan keberkatan dalam rumahtanga
• Jika ada masalah, bermusyawarahlah dengan cara yang baik.
• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan. Belajar untuk menerima dan lihatlah kelebihan masing-masing. Lihat kelemahan dari sudut positif.
• Sedaya upaya elakkan daripada berhutang kerana ia merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.
• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu dalam kehidupan.
• Cubalah membiasakan untuk menapak ke masjid walaupun seminggu sekali. Percayalah, antara nikmat indah hidup berkeluarga adalah dapat ke masjid dengan keluarga.
• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satu ayat. Fahami maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.
• Kepada bakal isteri, jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami.
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وبَارَكَ عَلَيْكَ، وجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خير
Kredit: drzulkifli.albakri
0 Comments