Penjelasan Terhadap Dakwaan "JAKIM Beri Pensijilan Halal Pada Air Hujan"
Terdapat satu dakwaan tidak berasas cuba ditularkan kembali oleh penulis laman _The Tapir Times_ sejak Disember 2015 yang menyatakan bahawa JAKIM memberi pensijilan halal pada air hujan.
Dalam dakwaan tersebut, turut dikaitkan tuduhan jahat bahawa Kerajaan bersetuju membuat bayaran RM50 juta kepada JAKIM untuk satu persefahaman kajian air hujan di Malaysia yang akan dilaksanakan bagi memastikan jaminan status halalnya.
Untuk makluman, JAKIM tidak memberi pengesahan halal pada air hujan sebagaimana didakwa dalam penulisan berkenaan.
Berdasarkan penelitian pihak kami, kandungan penulisan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan adalah untuk mempersenda Jabatan ini seterusnya bertujuan menjatuhkan reputasi JAKIM selaku pihak berkuasa berwibawa.
Justeru, satu aduan telah dibuat ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini untuk tindakan sewajarnya terhadap pihak berkenaan seterusnya menutup ruang fitnah dan dakwaan yang tidak berasas terhadap Jabatan ini.
JAKIM juga menyeru kepada para pengguna diluar sana agar merujuk terlebih dahulu pihak berautoriti sebelum menyebarkan sesuatu info yang tidak diketahui kesahihannya agar tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan pengguna.
Untuk mengetahui penjelasan isu-isu halal yang tular, rujuk penjelasannya di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Harap maklum dan terima kasih.
_*"Yakini Halal Malaysia"*_
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
18 Rabiulakhir 1442H
03 Disember 2020M
0 Comments