Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran i-Sinar seperti di bawah.
Kategori 1
Ahli bekerja sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah, diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria Kategori 1
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
ATAU
Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi Kategori 1
Tiada dokumen sokongan diperlukan
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula pada pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Ahli masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan kerja lebih masa (Over Time) selepas Mac 2020.
Dokumen sokongan yang diperlukan:-
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
DAN
Notis pemberhentian dan pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan
Bagi Kategori 2 permohonan boleh dibuat secara atas talian di isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
2 Comments
saya seorang yang berkerja.
ReplyDeletekerja security di sebuah syarikat
1)dulu ot saya full 108jam dan sekarang menjadi 40jam apa kah saya layak...
2)pay slip saya ada cuma tiada
surat dari syarikat
Kategori 2 (Masih Bekerja)
ReplyDelete1) Layak
2) Sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
atau (bermakna salah satu)