Walaupun Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini menghadkan urusan secara fizikal ke kaunter Tabung Haji (TH).
Namun urusan membuat pautan/link akaun Tabung Haji (TH) ke akaun Bank Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB Bank boleh dibuat melalui Mesin Juruwang Automatik (ATM).
1. Pilih menu "Tabung Haji"
2. Pilih menu " Daftar/ Link Akaun TH
3. Masukan butiran yang diperlukan. No. Akaun TH & No. Kad Pengenalan
4. Selesai
Pengaktifan (link) kad ATM Rakan Strategik - TH boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM Rakan Strategik TH.
Admin baru-baru ini telah mengaktifkan akaun TH ke akaun Rakan Strategik TH (Bank Islam) mudah dan cepat. Bagi yang mempunyai akaun THiJARI boleh mengakses no. akaun TH semasa membuat pengaktifan link.
Sumber: Tabung Haji (TH)
0 Comments