Berikutan pengumuman Belanjawan 2021, kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu ialah 9%. (Diturunkan sebanyak 2%; berbanding 11% kadar asal).
Bagi yang ingin kekal kadar caruman asal 11%, anda boleh baca soalan lazim dan dapatkan borang mulai 1 Disember di Penurunan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja dan ikuti langkah mudah berikut:
1. Muat turun dan lengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021)
2. Kemukakan borang yang lengkap diisi itu kepada majikan
3. Majikan perlu kunci masuk maklumat permohonan ke dalam i-Akaun (Majikan)
4. Majikan simpan borang tersebut sebagai rekod.
Sumber: KWSP
0 Comments