Biodata
Nama: Azhar Idrus
Nama Gelaran: Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Tarikh Lahir: 12 Februari 1964
Status: Berkahwin pada tahun 1990
Tempat Lahir: Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Instagram: @uaioriginal
Blog: ustazazharidrus.com
Seorang penceramah/pendakwah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.
Pendidikan
Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya ialah:
Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi
Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah
Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
Guru kelima: Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu
Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh
Sepintas Lalu Kehidupan UAI
Pernah mewakili negeri Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an.
Pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.
Beliau juga seorang jurugambar yang baik.
Pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik.
Pernah bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.
Sumber : Wikipedia
1 Comments
Bagaimana perjalanan pendidikan agama Ustaz Azhar Idrus, dan siapa saja guru-guru agama yang memainkan peranan penting dalam pembelajarannya? visit us Telkom University
ReplyDelete