10 KELEBIHAN BERBASIKAL YANG PATUT ANDA TAHU
Bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan lebih sihat, apa kata kita mulakan dengan berbasikal.
Benar, terdapat banyak bentuk senaman yang boleh dilakukan di luar sana. Namun, berbasikal merupakan salah satu senaman yang paling baik untuk menyihatkan tubuh badan anda secara keseluruhan.
Mengapa?
1. Mengurangkan Berat Badan
Benar, berbasikal dapat mengurangkan berat badan apabila dilakukan secara teratur.
Berbasikal meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.
2. Mengawal Tekanan Darah
Berdasarkan Jurnal Farmakologi Kardiovaskular pada tahun 1995, berbasikal mampu memperbaiki kawalan tekanan darah dengan 10/8 mmHg pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.
3. Meningkatkan Kesihatan Mental
Bekas pemegang rekod Jam Graeme Obree, mengalami kemurungan sepanjang hayatnya dan memberitahu:
Keluar dan mengayuh akan membantu orang yang mengalami depresi. Tanpa berbasikal, saya seakan hilang arah.
Jam Graeme Obree
Kebaikan bersenam secara berbasikal menggabungkan latihan fizikal dengan aktiviti luar, disamping meneroka pemandangan baru.
Anda boleh berkayuh solo untuk menghilangkan rasa resah dan risau, ataupun meluaskan jaringan kenalan dengan berkayuh secara berkumpulan.
4. Mengurangkan Penyakit Diabetis
Mereka yang kuat bersukan sememangnya akan mengurangkan penyakit diabetis.
Berbasikal merupakan salah satu contoh senaman yang sangat baik untuk mengawal diabetis.
5. Merawat Artritis Berbanding senaman lain,
berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi ata tulang rawan.
Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
6. Mengurangkan Risiko Strok
Berbasikal juga mengurangkan risiko strok (pembunuh utama di Malaysia) dan penyakit jantung koronari.
Dalam satu kajian, senaman pada mesin kitaran statik pada pesakit dengan kegagalan jantung meningkatkan fungsi jantung (Lancet, 1990).
7. Mengurangkan Stress
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
8. Menguatkan Tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang.
Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan.
Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut.
Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
9. Dapat Menikmati Alam Sekitar
Faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.
Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan, terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.
Lagipun, terdapat laluan yang tidak dapat dilalui oleh kereta. Maka, berbasikal merupakan solusi terbaik. Bukan sekadar dapat meluaskan pemandangan, malah dapat menyihatkan diri.
10. Mengeratkan Siraturrahim
Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.
Bukan itu sahaja, anda boleh mengajak kawan-kawan atau menyertai mana-mana kumpulan basikal untuk melakukan aktiviti ini bersama. Semakin jauh perjalanan, kayuhan dan kepenatan yang dikongsi pasti berbaloi.
Malah, terdapat banyak pertandingan atau kempen berbasikal yang anda boleh sertai. Juga terdapat kelab berbasikal yang anda boleh join bersama.
Apa yang penting, jagalah kebersihan diri. Jangan terlalu memaksa diri untuk berbasikal.
Kredit: WhatApps Group & Gambar pngtree
0 Comments