MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zikir Fatimah Az-Zahra Sebelum Tidur

 


Z I K I R F A T I M A H

S E B E L U M T I D U R


Suatu hari Saidatina Fatimah Az-Zahra radiallahu anha mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu anhu tentang kesakitan pada tangannya yang keletihan akibat menggiling gandum untuk membuat roti


Dijawab oleh Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu anhu mengatakan "Ayahmu yakni Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah datang membawa tawanan perang. Berjumpalah dengan ayahmu Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dan mintalah seorang pembantu untuk membantumu."


Maka Saidatina Fatimah radiallahu anha pergi bertemu dengan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam mengadukan tentang keadaan tangannya yang kesakitan akibat kepenatan menggiling gandum dan menyatakan hajat beliau untuk mendapatkan seorang pembantu bagi membantu tugas hariannya di rumah


Maka Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam mengatakan, "Wahai Puteriku Fatimah. Apa kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berbaring untuk tidur maka bertasbihlah (Subhanallah 33 kali), bertahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan bertasbih (Allahu Akbar 34 kali). Itu adalah lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu."


Setelah itu Saidatina Fatimah Az-Zahra radiallahu anha kembali pulang ke rumah maka suaminya Saidina Ali bin Abi Talib radiallahu anhu bertanya "Wahai isteriku. Bagaimanakah permintaan kamu untuk meminta kepada ayahmu Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam seorang pembantu untuk membantumu kerana aku tidak melihat kamu membawa balik seorang pembantu pun."


Maka dijawab oleh Saidatina Fatimah radiallahu anha, "Wahai suamiku. Sesungguhnya ayahku Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah mengajarkan kepadaku sesuatu yang lebih baik daripada itu iaitu dengan membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali."


Kerana itu para ulama mengatakan, "Kalau orang yang letih ketika bekerja, melakukan kerja rumah, memasak dan sebagainya maka bacalah kalimah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Lebih banyak lagi bagus insyaAllah akan kuat zahirnya, akan hilang kepenatan yang dia rasakan dan akan tenang hatinya."


@Islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments