Zeena Ali akan memulakan kerjaya polisnya selepas tamat pengajian minggu ini. Dia adalah pegawai pertama yang memakai tudung/hijab yang dikeluarkan oleh polis. Foto / Polis NZ.
Zeena Ali adalah pegawai polis New Zealand yang pertama memakai tudung/hijab pada berusia 30 tahun.
Lapor NZ Herald
Perancangan bersama pasukan polis dalam pemakaian tudung/hijab ini agar berfungsi dalam pasukan polis dan setiap orang menghormati agama masing-masing begitu juga agama Islam yang dianuti oleh Zeena Ali.
Minatnya sebagai anggota Penguatkuasaan diinspirasikan sempena peristiwa Serangan Di Masjid Christchurch yang memerlukan wanita muslim dalam menghulurkan bantuan semasa kejadian tersebut.
Zeena Ali ditugaskan ke kawasan Tamaki Makaurau.
Zeena dilahirkan di Fiji dan berpindah ke New Zealand bersama keluarganya ketika dia masih kecil.
Dia mengatakan bahawa dia bangga mewakili masyarakat Islam - terutama wanita - dan berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkerjasma dengan polis dan membantu memperluas barisan hadapan.
Kredit: mothership.sg
0 Comments