MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tangisan Air Mata Yang Disukai Allah SWT

 


Bila agaknya kali terakhir kita menangis kerana takut dan rindu kepada Allah? Mungkin timbul dalam benak kita; “kenapa aku susah nak menangis?”


Barangkali kerana kita tidak membiasakan diri bercakap dengan Allah, bersunyi-sunyi dalam solat, menghisab diri dan apa yang dilalui sehari-hari. Apabila melakukan dosa, kita tidak membersihkan semula hati dengan lafaz istighfar.


Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT


Tangisan air mata kerana takut kepada Allah dapat memadamkan lautan api, kerana rasa takut yang ia rasakan telah membakar hatinya, melelehkan hatinya yang keras, membuatnya menangis berlindangan air mata, dan memadamkan api maksiatnya. Tangisan ini memiliki makna dan nilai yang sangat tinggi di sisi-Nya kerana tangisan seperti inilah yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab neraka dan mengangkat darjatnya ke tingkat tertinggi di sisi Allah SWT.


Mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah


Rasulullah SAW menyamakan mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dengan mata yang berjaga di jalan-Nya kerana kedua-duanya sering bersama berjaga di malam hari kerana Allah. 


Matanya tidak terpejam pada malam hari kerana khuatir dan takut terhadap sesuatu yang mungkin akan menimpa agama Allah.



jommuhasabahdiri


Kredit: JOM_DAKWAH

Post a Comment

0 Comments