MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Moratorium Kepada Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar



Sukacitanya  diumumkan  bahawa  institusi  perbankan  akan  menambah  baik  Bantuan  Bayaran  Bersasarkepada  peminjam  kategori  B40  yang  merupakan  penerima  BSH  dan  bakal  penerima  BPR  dan  kepada  perusahaan  mikro  dengan  jumlah  pinjaman  yang  diluluskan  sehingga  150  ribu  ringgit.  Peminjam  dalam  kategori  ini  akan  diberi  pilihan:


Semak sama ada anda layak menerima penambahbaikan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar yang diumumkan semasa Belanjawan 2021. 


Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ini bagi menggantikan Moratarium Automatik yang telah diberikan oleh bank/institusi kewangan kepada peminjam sebelum ini.


Bagi Peminjam Golongan B40 dan Perusahan Mikro boleh memilih:-

1. Penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan.

ATAU

2.  Pengurangan ansuran bulanan 50% selama 6 bulan.

ATAU

3.  Tukar kepada kemudahan lain  (Cth: kad kredit kepada pinjaman bertempoh)


Dokumen Yang Diperlukan

Golongan B40 untuk penerima BSH/BPR - Tidak perlu/ pihak bank akan rujuk pangkalan data BSH/BPR/BPN

Golongan M40 untu penreima BPN - Pengisytiharaan kendiri

Perusahaan Mikro pinjaman sehingga RM150,000 - Tidak perlu

PKS - Dokumen mudah


Tempoh Proses Permohanan

Penerima BSH dan Perusahaan Mikro - 24 Jam

Penerima BPN - 5 Hari

PKS - 14 hari

 

Kaedah Permohonan

Datang terus ke Bank yang masih beroperasi (tempat membuat pembiayaan/pinjaman)

Melalui komunikasi telefon, e-mel atau secara dalam talian


Peminjam layak JIKA pinjaman mereka telah diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 DAN mereka tiada tunggakan ansuran lebih daripada 3 bulan.


Hubungi pihak bank dan nyatakan pilihan 1 ATAU 2 mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Hubungi BNMTELELINK melalui talian 1300-88-5465 atau bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan

 

Maklumat lanjut: https://www.bnm.gov.my/covid19/tra_bm.html


Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)


Post a Comment

0 Comments