MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pesanan Buat Muslimah

 


Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta.


1. Wanita sebelum berwudhu' kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat.  Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.


2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya.

{Salamun 'alaikum bima sobartum}


3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu' pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu' ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.


4. Baca doa selepas berwudhu' akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.


5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa.? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.


✅JAGA AURAT

✅JAGA SOLAT

✅JAGA PERGAULAN

✅JAGA WUDHU'


Kredit @ustazahasmaharun



jommuhasabahdiri


Post a Comment

0 Comments