PESAKIT COVID19 BUKAN PENJENAYAH
Baru-baru ni tiba-tiba ada seorang pesakit yang baru sahaja disahkan positif Covid-19 datang ke klinik beritahu baru sahaja dihalau oleh housemate sbb takut dijangkiti covid.. Allahu.
Macam mana sanggup korang buat mcm tu kat orang yang sedang diuji dengan berat..😢
Korang bayangkan perasaan orang tu macam mana, tengah bersedih nak melawan penyakit, tiba-tiba disuruh pulak keluar dari rumah.
Melawan penyakit ni memerlukan motivasi yang cukup kuat.. kita org sekeliling sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam membantu pesakit-pesakit ni.. bukan membuang mereka seolah-olah mereka telah melakukan satu jenayah yang besar.
Terima kasih tak terhingga buat pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah banyak membantu dalam mempercepatkan proses pesakit dihantar ke Hospital.
Abg long cukup teruja dengan kakitangan PKD yang cukup tenang dan sabar dalam menjalankan tugas walaupun sudah lewat malam. dan mereka ni memang nampak keletihan tapi kerana semangat nak membantu semua rakyat Malaysia, maka mereka sanggup korbankan rehat mereka untuk kita semua..Semoga Allah balas segala jasa kalian.
Jom kita doakan agar Allah segera memberi kesembuhan buat semua pesakit covid-19 dan semoga Allah jauhkan kita dari penyakit covid-19 ini.. dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kredit : nafidzrazak
0 Comments