MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penggunaan MySejahtera Di Stesen Minyak

 


Bagi mereka yang membayar menggunakan kad debit/kredit/aplikasi dalam talian untuk mengisi minyak di pam, serta tidak masuk ke dalam kedai dan tidak bertemu sesiapa, TIDAK PERLU mengimbas aplikasi MySejahtera. 


Individu yg membuat transaksi dan membayar melalui tingkap kaca di stesen-stesen minyak, serta tidak melibatkan barisan yang panjang untuk membayar juga TIDAK PERLU mengimbas aplikasi MySejahtera.


Individu PERLU mengimbas MySejahtera sekiranya memasuki stesen minyak untuk membuat pembayaran, menggunakan mesin ATM, surau dan tandas 


Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Nov 2020


SOP Stesen Minyak 


a.Pendaftaran aplikasi MY Sejahtera/Manual


o Individu yang melakukan pembayaran/transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol/ pembelian barangan/ mengeluarkan duit di ATM.


o Individu yang menggunakan surau dan tandas. 


o Individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak.


o Individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual.


b. Tidak perlu mendaftar aplikasi MY Sejahtera/ Manual


o Individu yang mengisi minyak di mesin pam dan membuat transaksi melalui kad kredit/debit atau mengunakan aplikasi dalam talian


o Individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap pigeon hole tanpa memasuki kedai stesen minyak. 


o Individu yang mengisi angin tayar. 


o Individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik (auto car wash).


Sumber: MINDEF UPDATE Telegram


Kridet Gambar: Stesen Minyak Petronas, Shell & Petron

Post a Comment

0 Comments