Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi
1. Sumber Perhutanan
Hutan membekalkan pelbagai sumber kayu dan bukan kayu seperti Kayu Meranti , Kayu Bakau dan Mengkuang sumber kayu ini digunakan untuk dijadikan papan, kayu api dan tikar mengkuang dan kraftangan.
Hutan menghasilkan sumber yang berbeza-beza sebagai contoh Hutan Paya Air Masin sesuai dengan tumbuhan Kayu Bakau, Hutan Paya Air Tawar sesuai dengan tumbuhan Mengkuang dan Hutan Hujan Tropika sesuai dengan Kayu Meranti.
2. Habitat Hidupan Liar
Hutan menyediakan tempat tinggal, makanan dan ekosistem pelbagai jenis binatang, burung dan serangga.
3. Kawasan Tadahan Air Hujan
Hutan berfungsi menyerap dan menyimpan air hasil dari hujan yang turun pada masa sama membekalkan air kepada sungai-sungai.
4. Pencegah Hakisan Tanah
Hutan akan menyerap air melalui akar dan menguatkan struktur tanah sebagai ejen pencegah hakisan tanah terutamanya di bukit dan cerun-cerun bukit. Semakin tebal hutan semakin kuat struktur tanah tersebut.
5. Ekopelancongan
Sumber tumbuhan semula jadi bersama hutan menggalakkan aktiviti pelancongan kerana keindahan flora dan fauna sebagai contoh negara Malaysia, ekopelancongan menghasilkan sumber pendapatan penduduk setempat dan kerajaan.
6. Sumber Perubatan
Perubatan moden dan perubatan tradisional.
Sumber: Buku Akademik
Berkaitan: Kepentingan Pokok Bakau
1 Comments
apa contoh rubrik dia ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?
ReplyDelete