MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi

 


Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi

 

1. Sumber Perhutanan 

Hutan membekalkan pelbagai sumber kayu dan bukan kayu  seperti Kayu Meranti , Kayu Bakau dan Mengkuang sumber kayu ini digunakan untuk dijadikan papan, kayu api dan tikar mengkuang dan kraftangan. 

Hutan menghasilkan sumber yang berbeza-beza sebagai contoh Hutan Paya Air Masin sesuai dengan tumbuhan Kayu Bakau, Hutan Paya Air Tawar sesuai dengan tumbuhan Mengkuang dan Hutan Hujan Tropika sesuai dengan Kayu Meranti.


2. Habitat Hidupan Liar 

Hutan menyediakan tempat tinggal, makanan dan ekosistem pelbagai jenis binatang, burung dan serangga.


3. Kawasan Tadahan Air Hujan 

Hutan berfungsi menyerap dan menyimpan air hasil dari hujan yang turun pada masa sama membekalkan air kepada sungai-sungai.


4. Pencegah Hakisan Tanah

Hutan akan menyerap air melalui akar dan menguatkan struktur tanah sebagai ejen pencegah hakisan tanah terutamanya di bukit dan cerun-cerun bukit. Semakin tebal hutan semakin kuat struktur tanah tersebut.


5. Ekopelancongan

Sumber tumbuhan semula jadi bersama hutan menggalakkan aktiviti pelancongan kerana keindahan flora dan fauna sebagai contoh negara Malaysia, ekopelancongan menghasilkan sumber pendapatan penduduk setempat dan kerajaan.


6. Sumber Perubatan

Perubatan moden dan perubatan tradisional.


Sumber: Buku Akademik


Berkaitan: Kepentingan Pokok Bakau

Post a Comment

1 Comments

  1. apa contoh rubrik dia ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?

    ReplyDelete