MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hikmah Wanita Yang Berkahwin Dan Belum Berkahwin



Setiap manusia punya jalan hidup masing-masing yang telah diatur oleh Allah.


Dan bagi mereka yang belum berkahwin atau sudah berkahwin pasti ada hikmah disebaliknya, keindahan yang sudah Allah takdirkan untuk kita.


Hikmah Wanita Yang Berkahwin Dan Belum Berkahwin.

Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi.


Wanita yang jodohnya lambat, rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil.


Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya.


Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak anaknya.


Jangan kita pandang pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.


Syukur itu menjadikan kita bahagia.


Maka bersyukurlah untuk itu dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik kepada orang sekeliling.



kredit : TheTazkirahIman @thetazkirahiman


jommuhasabahdiri

Post a Comment

0 Comments