"LEBIH BAIK DIAM."
● Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullahﷺ bersabda : "Barang siapa yang beriman kepada Allahﷻ dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”
(Muttafaq'alaih : Al-Bukhari No . 6018 : Muslim No.47).(hr)
● "Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan dalam Syarah Arbain, bahawa Imam Syafi'i rahimahullah mengatakan : "Jika seseorang hendak berbicara maka hendaklah dia berfikir terlebih dahulu".
● Jika dia merasa bahawa ucapan tersebut tidak merugikannya, silakan diucapkan.
● Jika dia merasa ucapan tersebut ada mudaratnya atau ia ragu, maka ditahan (jangan bicara). Hendaknya kita berhati-hati didalam berbicara.
● Tiada suatu kalimat pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (QS. Qaf : 18).
● Walaupun jawapan dengan bersikap Diam banyak yang tidak menyukainya, tetapi boleh saja sikap itu dapat menyelamatkan kita.
● Semoga Allahﷻ selalu menjaga lisan kita, Ingatlah, pendiam adalah sifat yang dicintai oleh Allahﷻ.
@islamitu_indah
Infografik Pinterest
0 Comments