MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Untuk M40

 


Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Untuk M40 melalui media sosial rasminya.


Di antara bantuan yang disediakan:-


1.  Lanjutan moratorium selama 3 bulan bagi individu yang Hilang Pekerjaan.


2.  Pengurangan ansuran bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan selama 6 bulan bagi individu yang Pendapatan Terjejas.


3. Bayar bahagian faedah pinjaman terlebih dahulu.


4. Fleksibiliti lain sehingga kedudukan kewangan lebih stabil.


Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri untuk menggurangkan ansuran bulanan.


Bank-bank akan mengambilkira pendapatan individu dan pasangan mereka.


Tempoh pemprosesan bank adalah 5 hari.


Cara Memohon

Sila hubungi bank dimana anda membuat pembiayaan/ membuat pinjaman melalui telefon, e-mel atau menyemak laman web/ sesawang bank tempat pembiayaan untuk butiran lanjut.


Sekiranya memerlukan bantuan bayaran alternatif boleh menghubungi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) di talian : 03 - 26167766 


Untuk membuat aduan hubungi BNMTELELINK di talian : 1300-88-5465 atau bnm.my/RAsurvey


Sumber: BNM

Post a Comment

0 Comments