MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ujian Saringan Covid-19 - Warga Keningau



UJIAN SARINGAN COVID-19


Untuk warga Keningau atau kawasan sekitar yang ingin membuat Ujian Saringan COVID-19 di Hospital Keningau. Anda tidak perlu membuat temujanji. 


Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat ujian saringan COVID-19.


1. Isikan saringan deklarasi secara online dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan jujur melalui pautan berikut: http://hkng.moh.gov.my/covid_19


2. Screenshot keputusan ujian anda untuk ditunjukkan kepada petugas kesihatan.


3. Sila ke Fever Center (depan JPL) melalui Pintu Lobi Utama, tunjukkan screenshot anda, dan maklumkan kepada petugas atau pengawal bahawa anda ingin membuat ujian saringan COVID-19.


4. Bayaran untuk ujian untuk self screening (ujian secara sukarela) adalah seperti berikut:


- Ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) adalah RM150 bagi warganegara dan RM250 bagi warga asing

- Ujian pantasantigen (RTK) adalah RM60 warganegara dan RM120 warga asing. 

- Ujian kit ujian pantas antibodi adalah RM30 warganegara dan RM60 warga asing.


Namun bagi pelanggan yang menerima arahan untuk membuat ujian saringan atas arahan KKM atau merupakan close contact kepada pesakit COVID-19 tiada bayaran dikenakan untuk ujian yang dibuat.


Sumber : Hospital Keningau & JaPenSabah

Post a Comment

0 Comments