MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tangisan Rasulullah SAW Sayang Kepada Umatnya

 


1. Rasulullah sering memikirkan tentang kita. Ya, kita (umatnya). Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah tiba-tiba menangis.


2. Pernah satu ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi. Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah tentang azab yang menimpa umat terdahulu dimana bumi menjadi gelap. Rasulullah lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah menangis dan merintih:


أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ‏؟‏ رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ‏ 


“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?” (HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)


3. Malah, menurut Abdullah ibn Amru, ketika Rasulullah membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya (surah Ibrahim: 36) dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya (al-Maidah:118), Rasulullah tiba-tiba menangis lalu berdoa:


اللهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي


“Ya Allah, umatku, umatku.” (HR Muslim)


4. Sayang sungguh Rasulullah pada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah pada kita.


Mari perbanyakkan selawat buat Baginda Nabi.


Allahumma salli ‘ala Saidina Muhammad.


Kredit Dr. Ahmad Sanusi


jommuhasabahdiri

Post a Comment

0 Comments