MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Solat Bawah Sejadah Ada Najis

 


BAWAH SEJADAH ADA NAJIS


SOALAN :


Kalau atas lantai ada najis seperti tahi cicak atau tahi ayam dan kita letak sejadah atasnya adakah boleh kita sembahyang atas sejadah itu?


JAWAPAN :


Jika ada najis atas lantai kemudian diletakkan umpama sejadah atau tikar di atasnya kemudian sembahyang di atas tikar atau sejadah itu maka hukumnya adalah harus.


Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin :


فلا يضر وإن تحرك بحركته كما لو صلى على بساط مفروش على نجس أو بعضه الذي لا يماسه نجس


Artinya : “Maka tiada memberi mudarat dan sekali pun bergerak ia  dengan sebab bergeraknya sepertimana kalau seorang solat di atas tikar yang dihamparkan atas najis atau sebahagiannya yang tidak menyentuhnya oleh najis.”


Dan lebih jelas lagi berkata Imam Syairazi :


فإن صلى على أرض فيها نجاسة فإن عرف موضعها تجنبها وصلى في غيرها وإن فرش عليها شيئا وصلى عليه جاز لأنه غير مباشر للنجاسة ولا حامل لما هو متصل بها


Artinya : “Maka jika seorang itu solat atas bumi yang ada padanya najis maka jika dia tahu akan tempat najis itu maka ia solatlah pada selain tempat ada najis itu. Dan jika dihamparkan atas najis suatu dan solat ia atasnya nescaya harus ia kerana bahawasanya dia tidak bersentuh bagi najis itu dan tidak membawa bagi barang yang berhubung dengan najis.” (Kitab Al-Muhazzab)


Dan tempat dikatakan sah solat seorang di atas tikar atau sejadah yang di bawahnya ada najis ialah apabila najis itu tidak mengenainya.


Ada pun jika naik najis itu ke bahagian atas tikar seperti najis yang cair lalu kena badan atau pakaiannya nescaya solatnya itu tidak sah.


wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Post a Comment

0 Comments