Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, berkuatkuasa pada 7 Okober 2020 bagi mengekang dan mencegah penularan Covid-19 antaranya. Hanya perkhidmatan perlu sahaja yang dibenarkan beroperasi. Berikut di kongsikan Senarai Perkhidmatan Perlu (Essential Services).
- Perbankan dan Kewangan
- Elektrik dan tenaga
- Bomba
- Perkhidamtan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Pos
- Penjara
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
- Jagaan kesihatan dan perubatan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
- Pembentungan
- Komunikasi radio termasuk penyiaran dan televisyen
- Telekomunikasi
- Pengankutan melalui darat, air atau udara
- Air
- E-dagang
- Pertahanan dan keselamatan
- Pembekalan makanan
- Hidupan liar
- Imigresen
- Kastam
- Hotel dan penginapan
- Teknologi maklumat termasuk penyimpanan data di cloud (cloud storage and service), perisian data dan memori
- Elektrikal dan elektronik termasuk semikonduktor
- Apa-apa industri sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawalselia perkhidmatan, kerja atau industri itu.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Senarai Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP 3.0
0 Comments