24 JAM YANG GETIR DI SABAH
Dalam tempoh masa 24 jam ini, banyak kejadian berlaku di Sabah. Jika anda terlepas kami rangkumkan dalam 1 infografik:
- Kawalan Rentas Daerah diumumkan bermula 3hb (12.01 malam) sehingga 16hb Oktober ini. (Essential Services dibenarkan).
- 118 lagi Kes Positif direkodkan di Sabah! 260 kes seluruh Malaysia (Ke-2 tertinggi sejak kes COVID-19 direkodkan)
- Wujud 1 lagi Kluster di Tawau, Kluster Joo Hua, kini jumlah 13 Kluster aktif di Sabah.
- Kebanyakan Kes Positif di Semenanjung mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
- Ketua Menteri umum Jawatankuasa baru tangani COVID-19
(Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah)
- Ketua Menteri umum RM50 Juta Peruntukan segera, RM10 juta untuk bakul makanan kepada penduduk terkesan di 4 Daerah Zon Merah (PKPDB).
- KP kesihatan, Tan Sri Noor Hisham mengatakan COVID-19 sudah berada dalam komuniti, saran duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, patuhi SOP.
Sumber: Sabah Info
0 Comments