Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Penjara Seberang Prai, Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai berkuat kuasa 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 21 Okt 2020)
PKPD Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai
• Sidang Khas MKN hari ini bersetuju untuk laksanakan PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.
• Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,262 orang merangkumi banduan (2,110 orang), staf penjara dan keluarga yang mendiami kuarters (1,000 orang), staf penjara yang tidak mendiami kuarters (120 orang) dan kakitangan awam (32 orang).
• Tahanan yang akan dibebaskan dalam tempoh PKPD akan diasingkan dan akan dikuarantin di tempat yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang iaitu di Institut Latihan Kecemerlangan Mara (MEC), Daerah Seberang Perai Selatan sehingga tamat tempoh kuarantin.
Sumber: Telegram MKN & MINDEFMalaysia
0 Comments