Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (16 Okt 2020)
PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah
•Sidang Khas bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas daerah Baling yang akan berkuatkuasa 18 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020 melibatkan 1,150 penduduk dan 151 rumah.
•Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:
•Tiada pergerakan keluar masuk ke Kampung Padang Che Mas.
•Hanya 2 orang saja wakil yang dibenarkan bagi sebuah rumah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan.
•Penutupan sekolah dan pusat pengajian termasuk pondok pengajian.
•Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau tidak dibenarkan kecuali laungan azan lima waktu dan solat fardhu dengan jumlah 6 orang Jemaah termasuk muazzin dan imam.
• Restoran, kedai/gerai makan dan kedai runcit dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
• Pembelian makanan digalakkan secara penghantaran dan take away. Dine in dibenarkan terhad kepada 2 atau maksimum 4 orang satu meja dengan pematuhan SOP premis makanan.
• Kenderaan yang a barangan yang berkaitan dengan rantaian makanan boleh dibenarkan beroperasi seperti biasa.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, majlis rasmi, keramaian, kenduri dan sebagainya adalah tidak dibenarkan
• Aktiviti perikanan, perladangan, pertanian dan penternakan dibenarkan.
•Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang MKN.
Sumber: Telegram MKN & Google Map
0 Comments