Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Berkaitan: PKPB Seluruh Negeri Sabah
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Peta Google
Terkini 14 Oktober 2020
PKPB di Negeri Selangor
•Kerajaan telah mengumumkan PKPB di seluruh negeri Selangor bermula hari ini, 14 Oktober 2020 maka SOP PKPB di mukim Klang yang diumumkan lebih awal adalah terbatal.
•SOP PKPB seluruh Selangor adalah terpakai juga bagi mukim Klang.
Sumber: Telegram MinDefMalaysia
0 Comments