PINJAM QURAN MASJID
SOALAN :
Saya hendak bertanya apakah hukumnya penduduk sekitar masjid apabila hendak mengadakan majlis membaca yasin dirumah mereka meminjam Quran dari masjid?
Saya bertanya sebab ada mendengar kata orang tidak boleh bawa Quran masjid balik ke rumah.
JAWAPAN :
Jika Quran tersebut diwakafkan untuk digunakan di masjid tersebut maka tidak boleh dibawa keluar dari masjid untuk dibaca di tempat lain samada di rumah atau lainnya.
Dan jika Quran itu tidak diwakafkan bagi masjid tetapi hanya diletakkan di masjid tersebut maka boleh pengunaannya di luar masjid.
Telah berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim ‘Alam :
كل ما هو موقوف للمسجد لا يجوز الخروج به مِن المسجد؛ سواء أَذِن له المسؤول أم لم يَأذَن، ومَن أخذ شيئًا من المصاحف الموقوفة على المسجد فيجب عليه أن يَرُدَّها، وإن حصل تَلَفٌ أو ضياع لهذه المصاحف فإنه يَلْزَمه أَنْ يأتي بمثلها ويَرُدَّها ويتوب إلى الله تعالى مما فعل : دكتور شوقي إبراهيم علام - دار الإفتاء المصرية
Artinya : “Sekelian barang yang ianya diwakafkan untuk masjid nescaya tidak harus mengeluarkannya daripada masjid samada ia mendapat izin atau tidak. Barang siapa yang mengambil suatu dari Quran yang diwakafkan atas nama masjid maka wajiblah atasnya mengembalikkannya. Dan jika berlaku kerusakkan atau kehilangan bagi Quran tersebut maka sungguhnya wajib bahawa dia ganti akan yang seumpamanya dan bertaubat kepada Allah Taala dari perbuatan yang telah dia lakukan itu.” (Darul Ifta Mesir)
wallahua'lam
ustaz azhar idrus
0 Comments