MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pesan Untuk Muslimat

 




P E S A N A N

U N T U K M U S L I M A T


Wahai wanita,


Sekiranya engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah radiallahuanha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40


Wahai wanita,


Sekiranya engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat


Wahai wanita,


Sekiranya engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga


Wahai wanita,


Sekiranya engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah radiallahuanha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya


Wahai wanita,


Sekiranya engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana.”


Wahai wanita,


Sekiranya engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan seiranya engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan sekiranya engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu


Wahai wanita,


Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu


Wahai wanita,


Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu


Hanya Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar


@islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments