MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perbezaan Purdah Niqab Burqa

 


Ada ternampak posting someone dia tulis “Neelofa pakai niqab korang cakap bidadari kiriman Tuhan, habis yg dah lama pakai niqab ni kiriman Ninja Van ke?” Hahaaa terhibur kejap! Terasa macam disamakan dgn kartun Ninja Van pulak. Tapi boleh fefeeling bidadari kiriman Tuhan utk suami sendiri😂


Btw, nak tunjuk perbezaan antara PURDAH, NIQAB & BURQA’. Kalau tengok kat gambar ni pun dah boleh nampak perbezaannya kan? Bezanya dari segi design & cara pakai jer. Konsep tetap sama. Tutup muka. Persoalannya, wajib ke tutup muka? Tak! Sunat jer. Rasa nak pakai, silakan. Taknak pun takpe. Asalkan tutup aurat yg WAJIB ditutup oleh wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan. Dan kesemua yg dekat gambar ni adalah saya. Saya pernah pakai ketiga-tiga jenis diatas😊



📌PURDAH : Tutup separuh muka dari hidung sampai ke bawah. Mata & dahi terdedah. Biasanya saya pakai macam ni bila nak cepat sebab senang. Ada jenis guna getah (sarung je) atau tali halus (ikat simpul je) dah boleh keluar rumah. Tak leceh sangat. Agak kecik & ringan. Biasanya dipakai belah dalam tudung.


📌NIQAB : Jenis tutup dahi sekali, hanya mata sahaja yg kelihatan. Saya suka pakai jenis macam ni sebab lagi kemas & senang diselak bila nak makan. Sebab ikat dekat belah luar tudung. Lepas ada anak lagi senang pakai jenis camni (jenis purdah pun senang jugak)


📌BURQA’ : Semua bahagian tertutup termasuk mata. Saya pakai macam ni bila Khuruj Masturat dengan suami jer. Waktu Khuruj Masturat dekat New Delhi tahun lepas pun saya pakai macam ni. Selalunya memang dipimpin tangan oleh suami. Boleh nampak ke? Ya! Boleh... Tapi tak berapa jelas lah sebab lapisan yang tutup mata tu agak jarang sikit dari lapisan bahagian lain so boleh je nak berjalan cuma tak clear sangat. Dalam buku MulaqatCinta hasil penulisan saya, ada saya jelaskan kenapa waktu Khuruj Masturat kena pakai full-set burqa’ hitam macam ni sampai mata pun perlu ditutup. Nak cerita kat sini, tak muat caption. Huhuu...



Apa-apa pun, tak kesah lah pakai macam mana asalkan tutup aurat dgn sempurna. Semoga istiqomah, doakan saya juga😘


MulaqatCinta HanipHidayahTillJannah

Perbezaan Purdah Niqab Burqa


Kridet: @blessinghunter94


Doakan Neelofa Istiqamah Berniqab



Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum, just nak tanya niqab ni.. Yg di maksud kan Menutupi dahi yg hanya di lihat iaitu mata. Adakah kencing termasuk bahagian dahi or mata?

    Sblm ni mmg nampak semua org pakai Menutupi dahi hingga kencing. Tp sejak Neelofa pakai atas kencing, semua yg jual niqab pun dah post pakai niqab atas kening. Sy x faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry typo.. Kencing silap... Kening.. Maaf

      Delete