Penamatan PKPD Penjara Tawau
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan berkenaan dengan pelaksanaan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau sejak 11 September 2020 sehingga 25 September 2020 yang kemudian dilanjutkan lagi ke 25 Oktober 2020.
Sehingga 21 Oktober 2020, KKM telah membuat 1,250 saringan di 1,196 saringan kakitangan di kuarters Taman Ehsan P enjara Tawau manakala. Sehingga kini tiada lagi kes aktif direkodkan di Penjara Tawau manakala hanya 2 kes di Kuarters Penjara Taman Ehsan dan sedang menerima rawatan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau pada 25 Oktober 2020 seperti mana yang telah dijadualkan. Walaubagaimanapun, lokaliti ini masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh negeri Sabah.
Sumber: Kenyataan Akhbar Menteri Kanan Keselamatan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-220 dan Hari Ke-136 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
0 Comments