Fakta arahan mengenai Kawalan Rentas Daerah yang bermula 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.
Kawalan Rentas Daerah bukanlah Lockdown, PKP atau PKPD.
Kawalan Rentas Daerah ini adalah tidak dibenarkan melintasi sempadan zon daerah tanpa urusan/keperluan yang dibenarkan dan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah yang dipengurusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah.
Sebanyak RM50 juta diperuntukan bagi PKPDB & Kawalan Rentas Daerah di Sabah bertujuan menjaga kebajikan & keselamatan rakyat Sabah & keperluan agensi berkaitan.
Sumber : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah & Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah
0 Comments