Ya Allah... Lindungi lah mereka semua 🤲🥺
𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗣𝗟𝗔𝗧𝗙𝗢𝗥𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 MIRI
𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟮𝟳 𝗢ktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan pada lebih kurang jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.
Aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.
Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.
Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang . Punca kejadian masih siasatan.
LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM
KETUA PENGARAH
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
27 Oktober 2020
Kridet: Video Yasir Mansor Twitter
0 Comments