MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangan Dibiarkan Makanan Yang Terjatuh

 


Jangan dibiarkan makanan yang terjatuh


Jabir berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :


إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ


"Apabila makanan salah seorang diantara kalian jatuh, ambilah kembali kemudian bersihkan bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih.


Jangan dia biarkan makanan itu dimakan syaitan, dan janganlah dia mengusap tangannya dengan sapu tangan sebelum dia menjilat jari- jarinya. Kerana dia tidak mengetahui dimanakah keberkahan makanan itu terletak." 


(HR. Muslim 2033)


Imam An-Nawawi berkata:


"Disunnahkan memakan makanan yang terjatuh selepas dibersihkan, apabila tidak terjatuh pada tempat yang bernajis. Jika makanan itu terjatuh pada tempat bernajis, maka ia harus dicuci terlebih dahulu jika mampu.


Apabila ia tidak mampu dibersihkan, hendaklah ia diberikan kepada haiwan, dan janganlah meninggalkannya untuk syaitan (makan)." 


(Syarah Sahih Muslim XIII/204)


Selain itu, antara pengajaran dalam hadis ini juga adalah supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak membazir.


Jika hari ini kita mampu melihat sahaja makanan yang terjatuh tanpa diambil dan dibersihkan, mungkin saja suatu hari nanti kita akan kutip apa saja ditanah untuk dimakan (kerana lapar).


Pembaziran makanan menunjukkan kesombongan kepada Allah ta'ala yang Maha Pemberi Rezeki.


Jauhkan diri daripada termasuk dalam kalangan orang-orang yang sombong.



Kredit Video : Facebook American Muslim

Kridet: Infografik/Gambar: thoriqussalaf.com

Post a Comment

0 Comments