HUKUM NIKAH HARI JUMAAT
SOALAN :
Adakah hadith yang menyebut afdhal nikah pada hari jumaat?
JAWAPAN :
Tidak ada hadith menyebut dengan terang bahawa menikah pada hari jumaat itu afdhal.
Pendapat yang mengatakan afdhal bernikah pada hari jumaat itu ialah pendapat jumhur ulamak.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah :
ذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى أَنَّهُ يُنْدَبُ عَقْدُ النِّكَاحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، قَال ابْنُ قُدَامَةَ: لأَِنَّ جَمَاعَةً مِنَ السَّلَفِ اسْتَحَبُّوا ذَلِكَ، مِنْهُمْ ضَمْرَةُ بْنُ حَبِيبٍ وَرَاشِدُ بْنُ سَعْدٍ وَحَبِيبُ بْنُ عُتْبَةَ، وَلأَِنَّهُ يَوْمٌ شَرِيفٌ، وَيَوْمُ عِيدٍ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ .
Artinya : “Telah berjalan oleh fuqahak mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali kepada disunatkan aqad nikah pada hari jumaat. Berkata Imam Ibnu Quddamah : Kerana sekumpulan dari ulamak salaf mengatakan sunat yang demikian itu. Setengah dari mereka itu ialah Dhamrah bin Habib dan Rasyid bin Sa’id dan Habib bin ‘Utbah dan kerana sungguhnya hari jumaat itu hari yang mulia dan hari raya dan pada hari itu dijadikan Nabi Adam a.s.”.
Kesimpulannya tiada hadith menentukan nikah hari jumaat itu afdhal hanya pandangan jumhur ulamak disunatkan aqad nikah dilakukan pada hari jumaat kerana melihat kepada kelebihan hari jumaat dari hari-hari yang lain.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments