𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈
Hospital Medan di Tawau yang diaktifkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan peruntukan RM500,000 daripada kerajaan akan beroperasi mulai hari ini 20 Oktober 2020 dan dijangka menerima 20 pesakit.
Komander Hospital Medan Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad berkata pihaknya menyasarkan 30 hingga 50% pesakit akan dirawat di Hospital Medan pada minggu pertama.
Hospital ini ada 100 katil dan kita akan terus terima pesakit sehingga kapasiti maksimum.
Hospital Medan yang didirikan di gelanggang badminton Kompleks Sukan Tawau itu menyediakan pelbagai disiplin perubatan termasuk perubatan am, ortopedik selain rawatan kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Sebanyak 95% peralatan dan sistem di hospital itu telah diuji selamat dan selebihnya hanya memerlukan pembaikan kecil.
Ini dipercayai mampu menangani kes COVID-19 di pantai timur Sabah khususnya kes dari Semporna yang meningkat.
Sumber : Bernama & MKN
0 Comments