MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hidupmu Cerminan Dari Solatmu

 


Siapa yang ingin memperbaiki hidupnya, maka hendaklah ia terlebih dahulu memperbaiki solatnya. Kerana kehidupan seseorang adalah cerminan dari solatnya⁣⁣⁣.

⁣⁣⁣

Barangsiapa terbiasa menunda solat, maka ia harus siap tertunda dalam segala urusan kehidupannya. Nikah, pekerjaan, keturunan, kesihatan, petunjuk, dll⁣⁣⁣

⁣⁣⁣

Hasan al-Bashri berkata, "Apa yang berharga dari agamamu jika solatmu saja tidak berharga bagimu? Padahal pertanyaan pertama yang akan ditanyakan kepadamu pada hari kiamat adalah tentang solat”⁣⁣⁣.

⁣⁣⁣

Seperti apa seseorang mampu memperbaiki solatnya, seperti itulah ia akan mampu memperbaiki hidupnya⁣⁣⁣.

⁣⁣⁣

Mengapa begitu? Kerana solat berkolerasi dengan segala aspek kehidupan. Siapa yang baik solatnya, maka Insya Allah akan baik juga kehidupannya⁣⁣⁣.

⁣⁣⁣

Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan & keselamatan. Apabila solatnya rosak, dia akan menyesal & merugi. Jika ada yg kurang dari solat wajibnya, Allah Tabaroka wa Ta’ala  mengatakan, ’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunnah?’ Maka solat sunnah tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yg kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu” (HR. Abu Daud no. 864, Ahmad 2: 425, Hakim 1: 262, Baihaqi, 2: 386. Al Hakim mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)⁣⁣⁣

⁣⁣⁣

Maka.. Perbaikilah solatmu, kerana tidak hanya perilaku, pakaian, ataupun lisan, tapi Allah pun akan memperbaiki hidup & segala urusanmu⁣⁣⁣


Kridet: Jentikhati

⁣⁣⁣

Post a Comment

0 Comments