SEDANG BACA QURAN DENGAR AZAN
SOALAN :
Adakah orang yang sedang membaca Quran atau berzikir apabila azan dilaungkan mereka kena berhenti baca Quran dan berzikir?
JAWAPAN :
Apabila orang yang sedang membaca Quran atau berzikir kemudian mendengar keduanya akan azan tanda masuk waktu nescaya disunatkan keduanya menjawab azan tersebut.
Berkata Imam Nawawi :
وهكذا إذا سمعه وهو على الخلاء لا يجيبه في الحال فإذا خرج أجابه فأما إذا كان يقرأ القرآن أو يسبح أو يقرأ حديثا أو علما آخر أو غير ذلك فإنه يقطع جميع هذا ويجيب المؤذن ثم يعود إلى ما كان فيه
Artinya : “Dan seperti itu apabila mendengar ia akan azan dan dia sedang berada di dalam tandas tiada menajwab ia akan azan itu. Maka apabila dia keluar dari tandas maka sunat dijawabnya. Maka ada pun apabila adalah dia membaca Quran atau bertasbih atau membaca hadith atau ilmu pengetahuan atau ilmu yang lain atau selain yang demikian itu maka sunat dia berhenti sekelian yang demikian itu dan menjawab muazzin kemudian kembali semula dia kepada pekerjaan yang dia lakukan tadi.” (Kitab Al-Azkaar)
Dan pada kitab Al-Majmu’ Imam Nawawi berkata :
فإذا سمعه وهو في قراءة أو ذكر أو درس علم أو نحو ذلك قطعه وتابع المؤذن ، ثم عاد إلى ما كان عليه إن شاء .
Artinya : “Maka apabila dia mendengar azan sedangkan dia sedang membaca Quran atau zikir atau belajar ilmu atau umpama yang demikian itu nescaya sunat dihentikannnya dan menjawab muazzin kemudian kembali semula kepada pekerjaan dia tadi sekira kehendaknya.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN
Apabila orang yang sedang membaca Quran atau berzikir mendengar akan azan masuk waktu maka disunatkan dia berhenti sekejap dan menjawab akan azan.
Tetapi jika dia tidak berhenti dari membaca Quran atau berzikir nesaya tidaklah berdosa tetapi dia telah menyalahi yang lebih utama yaitu menjawab azan.
Ada pun jika azan yang terdengar itu bukan azan masuk waktu tetapi hanya rakaman azan seperti dari radio atau televisyen nescaya tidak sunat dia berhenti kerana menjawabnya tetapi harus.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments