MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ciri Fizikal & Cara Kehidupan Rasulullah SAW



Bentuk Tubuh Rasulullah SAW

  • Ketinggian: Tidak terlalu tinggi & tidak terlalu rendah 
  • Bertubuh sederhana
  • Wajahnya sedikit bulat dan agak bujur
  • Kepalanya dan tulang sendinya besar
  • Kulitnya kemerah-merahan, tidak terlalu putih seperti kapur dan tidak juga hitam
  • Matanya besar, hitam pekat, dan bulu matanya lentik
  • Wajahnya bercahaya bagaikan rembulan
  • Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar
  • Giginya jarang teratur rapi dan gigi kacipnya renggang
  • Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jari jemarinya Panjang
  • Lekukan kakinya tidak menempak ke tanah sehingga air pun tidak menempel
  • Tumit yang nipis
  • Janggutnya tebal, pipinya mulus, dahinya luas
  • Alisnya melengkung bagaikan 2 bulan sabit yang terpisah, di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah
  • Dari dada hingga ke pusatnya terdapat barisan bulu-bulu yang nipis 


Bentuk Khatam Nubuwwah

  • Ia merupakan gumpalan bulu-bulu, daging yang membonjol
  • Kedudukan: Dibelakang antara kedua bahunya
  • Size: Sebesar genggaman tangan disekitarnya terdapat bulu
  • Seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung merpati

 

Rambut Rasulullah SAW

  • Rambutnya ikal gelombang, tidak terlalu keriting dan tidak terlalu lurus
  • Mencecah hingga pertengahan kedua telinga dan ada waktu mencecah kedua belah bahunya
  • Panjangnya tidak sampai ke pundak bahunya dan tidak sampai ke bahagian bawah cuping telinga

 

Cara Rasulullah SAW Menyisir Rambut

  • Menyisir ke kiri dan ke kanan
  • Sekali sekala
  • Sering memakai minyak pada rambutnya
  • Suka memulakan dengan kanan ketika menyisir


Uban Rasulullah SAW

  • Terdapat beberapa helai saja di pelipisnya
  • 14 helai uban di kepala dan janggut
  • Terdapat kurang dari 20 helai ubannya
  • Ubannya berwarna merah
  • Apabila Baginda memakai minyak di rambut, maka tertutuplah uban itu dan apabila tidak dipakainya, akan terlihat sedikit ubannnya
  • Surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalats, A-Naba’ dan al-Takwir menyebabkan Baginda beruban

 

Celak Mata Rasulullah SAW

  • Bercelak dengan ithmid (celak mata yang paling baik)
  • Kelebihan ithmid: mencerahkan mata dan menumbuhkan bulu mata
  • Bercelak pada setiap malam, 3 kali di setiap mata
  • Mempunyai tempat celak

Pakaian Rasulullah SAW

  • Paling disukai adalah jubah
  • Lengan jubah sampai ke pergelangan tangan
  • Sebaik-baik pakaian adalah pakaian berwarna putih
  • Paling disukai hibrah (pakaian bersulam dari yaman)
  • Bagindah pernah memakai:

    2 helai kain berjalur hijau

    2 helai kain tenun yang telah using. Dicelup dengan za’faran

    pakaian bulu (baju panas) yang diperbuat dari bu;lu hitam

    Jubah ala Romawi yang sempit kedua lengannya

  • Memakai pakaian Qitri yang diselempangkan di atas bahunya kemudian bersolat dengannya
  • Apabila Baginda memakai pakaian baru, maka beliau akan menyebut Namanya (serban, jubah, atau selendang) kemudaian berdoa:

اللهم لك الحمد أنت كسوتنيه، أسألك خيره وخير ما صنع له، وأعوذ بك من شره وشر ما صنع له‏‏

(Allahumma lakal hamdu kama kasautanihi, as aluka khairohu wa khoira ma suni’a lahu wa a ‘uzubika min syarrihi wa syarri ma suni’a lahu)

 

Inai Rambut Rasulullah SAW

  • Baginda pernah menginai rambutnnya
  • Ubannya berwarna merah kerana dicelup dengan inai
  • Pernah dilihat di kepalanya ada kesan daun inai ketika baginda keluar dari rumahnya sambil mengibas-ngibas rambutnya selepas mandi
 

Khuf Rasulullah SAW

  • Khuf sadalah sejenis kasut seperti boot
  • Berwarna hitam pekat yang tidak berukir
  • Memakainya hingga koyak dan tidak tahu berasal dari kulit binatang yang disembelih atau tidak
  • Dihyah menghadiahkan sepasang khuf kepada Baginda kemudian memakainya
  • Apabila memakainya, Baginda berwudu’ dengan hanya menyapu diatasnya tanpa membasuh

 

Capal Rasulullah

  • Mempunyai 2 kulit tali yang bercabang dua
  • Tidak berbulu kulit capalnya
  • Pernah berwuduk dan solat dengannya
  • Tidak berjalan dengan sebelah capal
  • Mula dengan kanan apabila memakainya

 

Cincin Rasulullah

  • Ia diperbuat dari perak dan permatanya berasal dari Habsyah
  • Baginda mengecop surat-suratnya dengan cincin
  • Mata cincin dan lingkarannya diperbuat dari perak
  • Tertera pada ukirannya   محمد  رسول  الله
 

Cincin Rasulullah Dan Cara Memakainya

  • Baginda akan mencabutnya jika masuk toilet
  • Memakai di jari sebelah kanan
  • Meletakkan mata cincin itu di bahagian telapak tangannya
  • Memakai dijarinya lalu berpindah ke tangan sayidina Abu Bakar, kemudian sayidina Umar, kemudian sayidina Usman dan akhirnya terjatuh ke dalam perigi Aris
 

Pedang Rasulullah

  • Diperbuat dari perak
  • Terdapat padanya emas dan perak
  • Bebentuk hanafiyah kerana ia diperbuat dari Bani Hanifah yang terkenal dengan kepandaian membuat pedang
 
 
Baju Besi Rasulullah
  • Dalam peperangan Uhud, Baginda memakai 2 baju besi; yang 1 menutupi yang 1 lagi
  • Ia begitu berat sehingga Baginda tidak mampu memanjat
  • Baginda memasuki Kota Mekah pada pembukaan kota itu dengan memakai topi besi
 

Serban Rasulullah

  • Baginda memakai serban hitam pada hari pembukaan Kota Mekah
  • Melepaskan ekor serbannya di antara 2 bahunya
  • Pernah berkhutbah dengan memakai serban yang terkena minyak rambut
 

Kain Sarung Rasulullah

  • Ia mencapai hingga separuh betisnya
  • Kain yang biasa dipakai oleh orang Arab adalah berwarna hitam bergaris putih
  • Memakai sehelai pakaian yang bertampal dan sehelai kain sarung yang kasar ketika Baginda dicabut nyawanya
 

Cara Berjalan Rasulullah

  • Jalannya cepat sekan-akan sedang menuruni tanah yang curam dan bumi ini dilipatkan untuknya
  • Diangkat kakinya dengan tegap
  • Berjalan dengan sopan
 

Cara Duduk Rasulullah

Di dalam masjid:

  • Duduk di atas punggung dengan paha melekat ke perut dan tangan memeluk kaki
  • Dengan keadaan khusyuk
  • Berbaring melentang sambil sebelah kakinya diletak di atas kakinya yang lain
  • Duduk memeluk lutut
 

Cara Bersandar Rasulullah

  • Tidak suka makan sambil bersandar
  • Bersandar pada sebuah bantal
  • Baginda duduk sambil bersandar ketika menyampaikan ilmu
 

Cara Makan Rasulullah

  • Menjilat jari jemarinya sebanyak 3 kali setelah makan
  • Makan dengan 3 jari jemari
  • Pernah dihidangkan kepada Baginda buah tamar dan memakannya sambil bersandar kerana kelaparan
 

Roti Yang Dimakan Rasulullah

  • Makanan yang selalu dimakan adalah roti gandum
  • Tidak pernah makan gandum halus dan putih
  • Tidak pernah kenyang dengan roti gandum
 

Lauk Pauk Rasulullah

  • Tidak pernah makan kurma kecil hingga penuhi perutnya
  • Pernah makan daging panggang
  • Suka manisan dan madu
  • Suka bahagian lengan kambing
  • Tidak perolehi daging kecuali sekali sekala
  • Makan daging ayam dan daging hubra (sejenis burung rupanya seperti itik dan mempunyai paruh yang panjang)
  • Banginda menganjurkan minyak zaitun untuk makan dan sebagai minyak
  • Kenduri kahwin Baginda dengan Sofiyyah dihidangkan buah tamar dan sawiq (makanan yang diperbuat daripada tepung)
 
 


Sumber/Kridet: HALAQAH AL-AZHARIYYAH. *terjemahan dari kitab Syamail Nabi oleh Sheikh Muhammad Fuad bin KamaludinAl-Maliki

 Kridet: @jom_dakwah

Semoga maklumat di atas bermanfaat untuk seluruh umat & individu yang menterjemah sehingga menjadi rujukan umum mendapat ganjaran pahala yang terus mengalir hingga tiada penghujungnya. Aamiin.ya Allah

 

Post a Comment

0 Comments