MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Borang Permit Pergerakan PKPB

 


HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

Berkaitan: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB 2021


Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau hari ini, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada empat kategori individu sahaja iaitu:


1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,


2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,


3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan


4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. 


Contoh situasi:


SITUASI BAGI KATEGORI 2:

Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.


SITUASI BAGI KATEGORI 3:

Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.


Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.


Borang permit di atas boleh dimuat turun menerusi pautan: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2 ATAU menerusi imej di bawah ATAU diperolehi di balai-balai berdekatan dan dihantar semula ke kaunter pertanyaan dalam SATU SALINAN SAHAJA.




Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka TIDAK PERLU mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. 


Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.


#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia 

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Post a Comment

0 Comments