BAGAIMANA NABI BERSELAWAT DALAM TASYAHUD?
SOALAN :
Ada satu kemusykilan tentang bagaimanakah bunyinya Nabi berselawat ketika dalam tasyahud sembahyang?
Kalau selawatnya sama dengan bacaan selawat kita tidakkah dikatakan Nabi selawat atas diri sendiri?
JAWAPAN :
Bacaan selawat yang dibaca oleh Nabi saw samada di dalam sembahyang atau diluarnya adalah sama dengan apa yang Nabi saw perintahkan kita membacanya.
Diriwayatkan daripada Malik bin Al-Huwairis Rasulullah saw telah bersabda :
صلُّوا كما رأيتُموني أُصلِّي
Artinya : “Hendaklah kamu semua sembahyang sebagaimana aku telah sembahyang.” (Hadith Imam Bukhari)
Oleh kerana itu Nabi saw mengucapkan selawat ke atas dirinya sendiri.
Telah meriwayatkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajr dari Kaab bin ‘Ujrah r.a. :
عن النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه كان يقولُ في الصَّلاةِ: اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ
Artinya : “Daripada Nabi saw bahawasanya baginda berkata di dalam sembahyang : Ya Allah selawatkan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.” (Kitab Al Mawahib Al-Laduniah dan Imam Az-Zahabi ada meriwayatkan dan Kaab bin Malik)
Kerana itu para fuqahak berkata :
وقد كان الرسول صلى الله عليه وسلم يصلّي ويسلم على نفسه في الصلاة
Artinya : “Dan sungguh adalah Rasulullah saw berselawat dan ucap salam atas dirinya sendiri di dalam sembahyang.” (Dikutip dari perkataan Imam Az-Zarkasyi dan Syeikh Zakaria Al-Ansari)
Dan keadaan berselawat atas diri sendiri itu tiada apa kesalahan sebagaimana kita mendoakan diri sendiri.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments